PENGENALAN  

SHAM CATERING & SERVICES SDN. BHD. adalah syarikat perseorangan milik penuh bumiputera yang ditubuhkan pada 11hb Mac 2011. Penubuhan syarikat ini adalah bertujuan untuk menceburi bidang pemakanan dan perkhidmatan catering bagi majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi serta galakan dari kerajaan untuk meningkatkan lagi bilangan usahawan Melayu bumiputera di Negara Malaysia. Syarikat amat mementingkan dari aspek kebersihan, disiplin dan susun kerja yang teratur bagi menghasilkan output yang bagus menepati keinginan pelanggan. Kepuasan pelanggan adalah kunci kepada kemajuan syarikat.

SHAM CATERING & SERVICES SDN. BHD. tidak sahaja menyediakan catering, tetapi juga menyediakan catering, tetapi juga menyediakan kelengkapan kanopi yang terdiri daripada kerusi, meja, kipas, lampu dan skalop, pakej fotograi, p.a system, kompang dan kek, set pelamin, Andaman, solekan dan gubahan hantaran turut disediakan untuk memudahkan bakal pengantin mendapatkan kesemua perkhidmatan di bawah satu bumbung.

SHAM CATERING & SERVICES SDN. BHD. telah berjaya menyediakan perkhidmatan yang amat membanggakan dari segi penyediaan makanan dan mutu perkhidmatan yang cekap dan berwibawa hasil daripada pengalaman yang ada di dalam bidang yang berkaitan serta gabungan tenaga di antara kakitangan pengurusan dan barisan pekerja yang berdisplin serta bertanggungjawab. Syarikat juga amat yakin dan mampu untuk menerima apa sahaja tawaran majlis yang dikehendaki oleh pelanggan berbekalkan pengalaman yang luas serta keazaman yang tinggi. Sentuhan dari kami pastinya menjanjikan suasana majlis perkahwinan terutamanya satu keserasian untuk pasangan raja sehari.

 

MISI

  • Menyediakan kemudahan katering, sewaan kanopi serta kelengkapan pelamin dan Andaman dibawah satu empayar.
  • Menjadikan sebuah syarikat anak melayu yang terkenal dengan masakannya yang bermutu tinggi dan mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Memberikan perkhidmatan katering yang cemerlang dan memenuhi kehendak pelanggan\

 

VISI

  • Melebarkan cawangan Sham Catering & Services Sdn. Bhd. di setiap negeri menjelang 2025 dan terkenal dengan kualiti katering, peralatan, dan perkhidmatan yang cemerlang di seluruh Malaysia.